Keadaan politik Politik_Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, berasaskan konsep "siapa cepat dia dapat" (first-past-the-post). Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Persatuan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan Nasional.

Proses politik di Malaysia boleh digambarkan sebagai mengambil bentuk "perkongsian kuasa"/(Konsosialisme)" yang mana "kepentingan bersama boleh diselesaikan di dalam satu rangka kerja campuran yang besar"[1] . Di dalam buku Government and Politics in Southeast Asia' cabang eksekutif cenderung untuk mendominasi aktiviti politik, dengan pejabat Perdana Menteri menjadi satu kedudukan untuk mempengerusikan "sekumpulan kuasa yang semakin membesar dan meluas supaya tindakan dapat diambil terhadap individu atau organisasi," dan "memudahkan peluang perniagaan". Pada umumnya kritikan-kritikan mengakui walaupun autoritorianisme di Malaysia melangkaui pentadbiran Mahathir bin Mohamad, beliau juga adalah orang yang "membawa proses berkenaan kehadapan dengan berkesan"

Sarjana undang-undang mencadangkan bahawa secara politiknya "persamaan bagi keharmonian agama dan bangsa" adalah sangat rapuh, dan "kerapuhan ini berpunca daripada identifikasi agama dan bangsa berpasangan dengan ketuanan Melayu orang-orang Melayu bertembung dengan cita-cita bangsa lain bagi mendapatkan persamaan hak."

Seperti kehendak segelintir masyarakat Muslim terdiri daripada majoriti Melayu mewujudkan sebuah negara Islam, desakan bukan Melayu untuk hak samarata adalah sesuatu daripada perlembagaan tidak dapat disesuaikan. Bagi desakan yang mencucuk dalam suatu sistem politik— satu sistem yang berdasarkan kecemerlangan politik orang Melayu. Satu desakan yang mencabar punca kuasa autoriti pemerintahan orang Melayu.

Pada awal September 1998, Perdana Menteri pada waktu itu, Dato' Seri Mahathir bin Mohamad telah memecat Timbalan Perdana Menterinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral [2] dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara), dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah, dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah halangan keadilan dan liwat. Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.

Perdana menteri kini adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan persaraan Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada 31 Oktober 2003. Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda pembangunan Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu Amerika Syarikat dan Australia secara khusus.

Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang besar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen. Pada tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul." [3]

Mulai 2018, Barisan Nasional ialah Pembangkang utama di politik malaysia